Blog ini ditulis oleh Nur Dalila Bt. Zakri #AD242Textile#2014#Part4#GroupA#FSSR#ShahAlam#
Sumber adalah dari pelbagai media.
PENGENALAN KEPADA DUNIA TEKSTIL
Apakah itu tekstil? Tekstil terbahagi kepada 3 cabang,iaitu : canting, cetakan, dan juga tenunan. Tekstil sebenarnya sentiasa disekeliling kita dan dalam kehidupan harian. Apabila kita tidur, kepala kita diletakkan diatas bantal yang diisi dengan serat-serat tekstil, dan badan kita diatas tilam dan cadar yang lembut. Apabila kita bangun dari tidur untuk mandi, kita menggunakan tuala dan berus gigi, yang diperbuat daripada bahan tekstil, untuk membersihkan diri. Kita memakai baju dan pakaian yang cantik untuk pergi ke kerja. Semasa sarapan, uncang teh atau penapis serbuk kopi, kedua-duanya bahan tekstil, digunakan untuk membuat air panas. Di dalam kereta, tempat duduk diperbuat daripada kain, tayar-tayar disokong oleh benang-benang tekstil, talisawat dan penapis dibahagian enjin, yang diperkuatkan dengan fabrik tekstil, membolehkan kereta bergerak dengan lancar. Semasa kecemasan, tali pinggang keledar dan ‘airbags’, memberikan peranan keselamatan kepada kita. Semasa di pejabat, kita berdiri di atas karpet, duduk di atas kusyen yang empuk serta dilindungi oleh pancaran matahari oleh langsir.
Perkataan tekstil ini sebenarnya sering disalahanggap dan hanya terhad kepada kain, benang dan jahitan sahaja. Tekstil berasal daripada perkataan Latin ‘texera’ yang membawa maksud ‘untuk menenun’. Dalam konteks yang lebih besar, tekstil adalah sebarang fabrik atau bahan yang telah dihasilkan melalui proses-proses teknologi tekstil seperti tenunan, kaitan, dan tanpa tenun (tufting, needle punching, entangling, bonding, dll).
Seperti yang diterangkan diatas, fabrik tekstil bukan sahaja terhad kepada aspek pakaian dan baju sahaja tetapi lebih luas daripada itu. Kategori pakaian ini merupakan 50% daripada penggunaan bahan-bahan tekstil keseluruhannya. Fabrik tekstil juga merangkumi kategori bahan-bahan hiasan dalaman yang digunakan di dalam rumah atau bangunan seperti karpet, cadar, kain alas meja, langsir, mop lantai, uncang teh, penapis kopi dan sebagainya. Fabrik tekstil mempunyai satu lagi kegunaan yang sedang berkembang pesat iaitu di dalam aplikasi teknikal. Di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat, syer pasaran tekstil kategori ini telah pun meningkat sehingga 40% daripada jumlah penggunaan bahan-bahan tekstil. Aplikasi teknikal ini termasuklah fabrik-fabrik yang digunakan di dalam industri otomotif, pembuatan, pembinaan, perubatan, pakaian keselamatan, pertanian serta sukan dan rekreasi.
Asas kepada fabrik tekstil adalah serat-serat samada serat asli seperti kapas, sutera, bulu bebiri, atau serat tiruan atau sintetik seperti poliester, nilon, rayon dan lain-lain. Serat-serat ini mesti mempunyai sifat-sifat yang tertentu seperti kekuatan dan panjang yang baik, sebelum dapat diproses menjadi benang. Serat-serat akan melalui beberapa proses pemintalan sebelum ditukarkan menjadi utas benang. Benang disini adalah bahan pertengahan dan akan diproses melalui beberapa siri mesin dan teknik samada tenunan, kaitan atau tanpa-tenun. Fabrik pula perlu melalui beberapa proses kemasan untuk memberikan sifat-sifat menarik seperti warna dan prestasi yang dikehendaki oleh kegunaan akhirnya nanti.
Pakaian (Apparel & Clothing)
Contoh: Seluar, pakaian dalam, pakaian sukan, kot, t-shirt, kemeja, stoking, topi, kasut, baggasi, payung, baju hujan, lampin bayi, dan sebagainya
Fabrik Hiasan Dalaman (Home Furnishings and Floor Coverings)
Contoh: Langsir, karpet, cadar, tilam, bantal dan sarung, napkin, kain lap meja, kain alas meja, mop lantai, kusyen kerusi dan sofa, kertas dinding, dan sebagainya.
Aplikasi Teknikal (Technical Textiles)
Industri pembuatan dan penghasilan:
penapis industri untuk gas, udara, cecair dan petroleum, penapis rokok, tali sawat industri, tali kabel
Industri otomotif:
karpet kereta, kusyen dan kain tempat duduk, panel tepi pintu, bumbung dalaman kereta, tali pinggang keledar, airbag, talisawat enjin, penapis udara dan minyak di dalam enjin kereta, penyokong tayar kereta, fabrik penutup muatan lori dan treler
Industri pembinaan:
struktur komposit, membrane penyokong jalanraya, fabrik penghalang hakisan tanah, bumbung bangunan, fabrik arkitektur
Bidang perubatan:
benang jahitan luka dan pembedahan, pakaian pesakit dan staf di bilik pembedahan, pembalut luka, penutup kepala dan muka, sarung tangan, arteri tiruan, saraf tiruan, fabrik penutup otak
Pakaian keselamatan:
baju kalis peluru, anti-tikaman, angkasawan, ahli bomba, ahli kimia, loji tenaga nuklear, loji penapisan minyak, peleburan besi, pemandu kereta F1 dan motor GP, ahli sukan pedang
Bidang pertanian:
guni beras dan tanaman lain, pelindung tanaman, pengelak hakisan tanah, kanvas
Bidang sukan dan rekreasi:
panel kapal layar dan motor air laju, kain layar kapal, khemah, tali raket, tali rod memancing, pakaian sukan, pakaian mandi, meja snuker
SEJARAH JABATAN TEKSTIL
Bermulanya jabatan Seni Lukis dan Seni Reka Tekstil di UITM, Shah Alam
(artikel ini ditulis dalam bahasa Inggeris)
HISTORY OF ART AND DESIGN IN UITM
The rapid development of public and private institutes of art in Malaysia reflects the importance of the field of art and design in the development of the nation. In this context, Universiti Teknologi MARA is proud to have the oldest such faculty in the country. The Faculty of Art and Design (FSSR), founded in 1967, has brought fame to the university and to the country through various artistic activities and achievements. As a matter of fact, the faculty is the only Faculty of Art and Design in Malaysia to have obtained the ISO 9001 : 2000 certification.
Initially known as the School of Applied Arts, the Faculty of Art and Design was originally adjoined to the School of Architecture, Planning and Land Survey. Its temporary studios and classrooms were located at Petaling Garden, before moving to Section 17, Petaling Jaya in 1970. It started with three full-time lecturers and two part-time lecturers. The first batch counted 33 students enrolled in the foundation course.
The following year, three programmes of specialization were created, namely Fine Arts, Graphic Design and Textile Design. Twenty-six students attended these courses, while forty students enrolled in the foundation course. In 1973, as several more programmes were added, the School of Applied Arts seceded and became known as the School of Art and Design (Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, or KSSR). Nevertheless, KSSR still used part of the School of Architecture complex when it moved to the Shah Alam campus in 1974. Finally, in early 1982, KSSR moved to its own building which it still occupies today.
PHILOSOPHY AND PRINCIPLES

Ever since its creation, the School of Art and Design has espoused the philosophy of Institut Teknologi MARA, namely the belief that talent and interest, if nurtured properly and openly with the instillation of Islamic values, will produce individuals who are valuable to themselves, to society and to the country. In line with this principle, Institut Teknologi MARA upholds the objective to produce Malay graduates of calibre who are independent, knowledgeable and religiously educated, and who can thus compete in the world of business, science and technology.
Today, the foundation principle has evolved to encompass UiTM’s vision of becoming a world-class university by its fiftieth anniversary that will fall in 2006. In this context, FSSR, while forming Malay students to be well-rounded professionals who will play a role as agents of change and contribute to nation-building, also endeavours to fulfill the vision of becoming a world-class reference centre for local and global arts.

AIMS
From only three programmes at its creation in 1967, FSSR has undergone an impressive evolution and now offers not only diploma and degree courses, but also BA Honors, Master and Doctorate programmes. The diploma and degree courses offered are in the fields of Graphic Design and Digital Media, Textile Design, Fine Metal Design, Industrial Design, Ceramics, Fashion Design, Photography and Creative Imaging, Fine Arts, Footwear Design and Technology, and Printing Technology. Meanwhile, the courses offered at the Master and Doctoral levels comprise Art History and Cultural Management, Fine Art and Technology, Design Technology, as well as Visual Communication and New Media. Apart from the Printing Technology and Footwear Design and Technology programmes, the other diploma courses are offered in the branch campuses of Melaka, Perak, Kedah and Kelantan.
The goal to become a world-class reference centre for local and global arts has motivated the entire faculty to strive harder and more creatively to achieve success in the fields of design and creative art. Adopting the slogan “Creativity is the Core of Quality” as the axiom for the faculty’s activities, they have prospered under the leadership of the Dean, Associate Professor Dr. Baharudin Ujang. Various strategies have been organized to strengthen and enhance the faculty’s services to the community in general, including in the aspects of academia, students’ affairs, research, culture and social issues.

STRATEGIES
In addition to placing several art and design disciplines under core study centres in post-graduate studies, the faculty is studying new possibilities to review its curriculum at the diploma and bachelor levels in order to keep abreast of new global developments. The aspiration to become a world-class university has always existed in the faculty, all the more since it is a unique art and design institute that offers a wide variety of courses under one roof, something rarely seen in any other university in the world.
Among various strategies devised to strengthen the faculty was the creation of the International Institute of Design Excellence (IIDE), a vehicle to elevate the level of local designers in general. Through this institute, various activities of an intellectual nature have been carried out in the form of seminars, exhibitions, workshops, research projects and journal publications. In December 2004, the institute organized the International Conference on Environmental Design for Living Excellence and published the International Journal of Design Excellence. IIDE incorporates several other units based on art and design education and research such as Batik International Research and Design Access (BiRDA) that aims to promote and develop the national batik industry, besides developing new approaches in pattern design and batik quality in general.
Moreover, FSSR has a well-established Art Gallery that displays works by graduates and organizes world-class exhibitions, among which is the annual ILHAM exhibition by the faculty’s academic staff. In 1970, the faculty established the Creative Centre (PDC) to encourage the involvement of Malays in business based on the results of artistic creation. Since its creation, PDC has become a vehicle for the academic staff to contribute their expertise to society in a wide variety of consultancy jobs based on art and design, including the designing of logos, the creation of corporate images, and many more. Tun Dr. Mahathir Mohamad’s confidence in PDC in the early 1980s enabled the centre to implement many major projects for which it received national recognition, including the conception of the new identity of Kereta Api Tanah Melayu, MAS, and Telekom.

CONTRIBUTION AND RECOGNITIONS
Recognition of the academic staff and graduates of the Faculty is reflected through the many art and design awards that they have won at the national and international levels, in competitions organized by the National Art Gallery, Bank Negara Malaysia, the World Intellectual Property Organization, Rado, Philip Morris, and many other corporate bodies. Among such awards are the Young Contemporary Award, Salon Malaysia, the Kijang Bank Negara award, and the Oita sculpture award in Japan. Graduates have made a name for themselves as influential artists, besides being involved in major national projects such as the Proton Saga national car project. Major art exhibitions in the country always feature graduates of the Faculty, in addition to the various solo exhibitions held throughout the year.
Beside their commitment to artistic creation, graduates and academic staff of the Faculty are also involved in writing and art criticism and have produced major reference books. The Faculty itself has been publishing Inti, the pioneering journal in art and design education, since 1979 and started publishing the International Journal of Art and Design in 2001 through the Liberal Studies Department. The Faculty has also published the international journal AIM in cooperation with Institut Teknologi Bandung (ITB) of Indonesia and Curtin University of Australia. In the context of art education, apart from qualified art teachers in Malaysian schools, almost all of the foremost art and design educators in public and private institutes of higher learning are FSSR graduates.
The contribution and dedication of FSSR to the development of art and design in the country is evident. Armed with success and relying on carefully planned strategies and an ever-upgraded infrastructure, this Faculty of experts keeps on growing to realize the aspiration of becoming a world-class reference centre for Asian and International art. In this context, FSSR strives hand in hand with the rest of the University to achieve the vision of establishing UiTM as a world-class university.

___________________________________________________________________________________________
VISI DAN MISI
Post kali ini adalah menerangkan tentang visi dan misi fakulti seni lukis dan seni reka. Post di bawah ditaip dalam Bahasa Inggeris.
To establish FSSR as a premier faculty of outstanding scholarship and academic excellence capable of providing leadership to Bumiputeras’s dynamic involvement in art and design field of world-class standards in order to produce globally competitive graduates of sound ethical standing.
OUR MISSION
To enhance the knowledge and expertise of Bumiputeras in art and design field of study through professional programmes, research work and community service based on moral values and professional ethics.
OUR PHILOSOPHY
Every individual has the ability to attain excellence through the transfer of knowledge and assimilation of moral values so as to become professional graduates capable of developing knowledge, self, society and nation.
OUR MOTTO
We are a class of our own
___________________________________________________________________________________________
LATAR BELAKANG STAF
Post ini adalah serba sedikit maklumat staf di jabatan Tekstil.
Name : Norwani Md. Nawawi (Assoc. Prof. Dr.)
Position : Prof Madya | Associate Professor
Email : norwani178@salam.uitm.edu.my
|
Name : Basitah Taif (Dr.)
Position : Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
Email : basitah@salam.uitm.edu.my,
|
Name : Elliza Hashim
Position : Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
Email : elliza824@salam.uitm.edu.my
|
Name : Suzanne Stankard (Dr.)
Position : Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
Email : suzanne@salam.uitm.edu.my
|
Name : Rainal Hidayat Wardi
Position : Pensyarah Kanan | Senior Lecturer (Study leave)
Email : rainzwar@salam.uitm.edu.my
|
Name : Danuri Sakijan (Hj.)
Position : Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
Email : danuri096@salam.uitm.edu.my
|
Name : Mohd Azhar Samin
Position : Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
Email : azharsamin@salam.uitm.edu.my
|
Position : Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
Email : azmanm402@salam.uitm.edu.my
|
Name : Rahman Rosman
Position : Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
Email : rahman639@salam.uitm.edu.my
|
Position : Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
Email : fliana@salam.uitm.edu.my
|
Name : Habibah Hj Abd Jabbar
Position : Pensyarah | Lecturer (Study leave)
Email : bibah148.uitm.edu.my
|
Position : Pensyarah | Lecturer (Study leave)
Email : rusma362@salam.uitm.edu.my
|
___________________________________________________________________________________________
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI JABATAN TEKSTIL
Gambar di bawah adalah antara kemudahan yang telah disediakan di jabatan Tekstil.
Di jabatan Tekstil, bengkel dan studio disediakan. Pembelajaran banyak dilakukan di studio. Hal ini kerana, dalam tekstil, pelajar banyak menggunakan kertas yang besar (A2 size) untuk melakar idea dan akan diaplikasikan ke atas fabrik.
Antara aktiviti mencanting, printing sebagainya, bengkel tekstil disediakan. Di bengkel, pelajar diberi kemudahan tempat mencanting (pemidang) dan juga bilik expose untuk proses printing.
___________________________________________________________________________________________
HASIL KERJA PELAJAR
![]() |
Hasil kerja para pelajar untuk menyertai pameran |
![]() |
Hasil kerja pelajar dalam "flea and Art Market"![]() |
![]() |
Hasil kerja pelajar dalam Piala Seri Indon |
Tiga gambar di bawah pula adalah hasil kerja saya sendiri (penulis blog ini juda salah seorang pelajar dari Jabatan Tekstil)!! ~_~"
Illustration ini adalah untuk subjek "Textile Styling" dimana illustration dihasilkan menggunakan 50%drawing dan 50% mixmedia(fabrik dan bahan tekstil sendiri)
![]() |
garment daripada riben, rantai daripada manik-manik |
![]() |
baju daripada fabrik wool, kain menggunakan dye. |
___________________________________________________________________________________________
KEJAYAAN PELAJAR
Post di bawah adalah sedikit menceritakan tentang kejayaan pelajar dari jabatan tekstil.
DARI PELAJAR MENJADI PENSYARAH
Siapa sangka seorang yang dipandang rendah semasa berada di peringkat menengah, kini sudah pun menggapai hampir separuh daripada impian jangka panjangnya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.Begitulah rentetan hidup seorang insan bernama Mohd Rafizi Mohd Shari atau lebih mesra dengan panggilan Rafizi. Tiada yang mustahil di dalam hidupnya!
Latar belakang
Anak kedua hasil perkongsian hidup Mohd Shari Sidek dan Rosmah Kerol ini berasal dan membesar sepenuhnya di kediaman keluarga yang terletak di Keramat, Kuala Lumpur.
Mempunyai seorang kakak dan dua orang adik, Rafizi dilahirkan pada tanggal 1 Februari 1988. Sejak di bangku sekolah menengah, dia sudah mula menonjolkan minat yang mendalam terhadap dunia seni dan artistik lantas mengikuti jurusan seni semasa berada di tingkatan empat.
Berkat kesungguhan yang ditampilkan, Rafizi ditawarkan jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Tekstil di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Machang, Kelantan. Selesai pembelajaran pada suku tahun kedua 2009, dia kemudiannya berpeluang menyambung pendidikan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam.
Penat lelah siang dah malam terbalas apabila dia berjaya menamatkan sesi pembelajaran dengan kepujian serta dianugerahkan Anugerah Naib Canselor sepanjang dua tahun pengajiannya dari tahun 2009 sehingga 2011.
Personaliti
Menegaskan diri seorangyang happy-go-lucky, Rafizi menyifatkan dia lebih selesa membawakan aura ceria kepada sesiapa sahaja yang mendekati.
Merasakan perasaan positif itu perlu ada pada setiap orang, tambahan pula dia tidak suka diharungi ideologi negatif kerana tidak banyak yang akan dapat digapai dengan berfi kiran sedemikian rupa.
Selain itu, pemuda yang taasub dengan filem-filem komedi ini mengakui dirinya seorang yang gemar bercakap. Walaupun ketika diri masih menyarungkan uniform sekolah sehinggalah kini sudah berkerjaya, dia memang suka bercakap dan berusaha menjadikan setiap perbualan bersamanya sesuatu pengalaman yang menyeronokkan.
Apabila ditanya tentang perkara yang gemar dilakukan pada waktu senggang, jawapannya adalah melukis di samping keluar bersiar-siar sambil mencari idea-idea baharu yang boleh dipahat dalam kerjayanya kelak.
Karier
Sejurus tamatnya sesi pembelajaran sekitar tahun 2011, dia ditawarkan menjadi pensyarah di UiTM cawangan Kuala Terengganu. Mengajar subjek seperti experimental textile dan lukisan, kini sudah hampir setahun dia bergelar pensyarah muda di kampus yang terletak di Chendering itu.
“Sudah menjadi impian saya sejak bergelar pelajar lagi untuk bergelar pensyarah dan mula berkongsi pengetahuan serta pengalaman yang pernah saya miliki. Bukannya mudah untuk mendidik anakanak muda kerana banyak perkara yang perlu saya ambil kira. Ketepatan ilmu yang diturunkan haruslah sentiasa jitu, sentiasa melakukan penyelidikan dari semasa ke semasa serta memastikan para pelajar benar-benar faham dengan apa yang diajar hanyalah segelintir daripada skop kerja saya.
“Kadangkala profesion sebagai seorang pendidik boleh menjadi sesuatu yang mencabar kerana seni bukanlah sesuatu yang tetap. Art can be cliche, jadi perlunya saya menitik beratkan kelainan dalam setiap hasil kerja para pelajar. Mengajar seni tidak termaktub dengan apa yang tertulis di dalam buku-buku sahaja kerana pentingnya ketelitian serta aplikasi teknik yang tepat perlulah sebati dalam jiwa lalu dirangkum dalam hasilnya nanti,” ujar panjang lebar.
BATIK UiTM JADI TUMPUAN DI OMAN
Teks adalah berdasarkan kepada sumber laporan oleh Jabatan Seni Reka Tekstil,
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) UiTM Shah Alam.
Selama 19 hari bermula dari 12 Februari hingga 2 Mac 2013, delegasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diwakili oleh 5 orang pensyarah dan 5 orang pelajar dari Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) telah terlibat dalam Muscat Festival 2013 ( International Handicrafts and Traditional Arts ) di Oman. Delegasi yang diketuai oleh Dr. Basitaf Taif ( Ketua Pusat Pengajian Tekstil dan Fesyen ) mengadakan aktiviti kesenian seperti pameran batik , pengkomersilan produk batik, dan demonstrasi batik kepada tetamu yang hadir antaranya dari Tunisia, Indonesia, Iran, Morrocco, Bangladesh, India, Thailand, dan Perancis. Peragaan Batik juga dipersembahkan di Kedutaan Malaysia di Oman yang mendapat sambutan positif di kalangan tetamu yang hadir terutamanya dari Pertubuhan Wanita Amerika Syarikat.
Aktiviti yang dijayakan bersama oleh para pensyarah iaitu En. Azman Mohamad, Puan Elliza Hashim, En Rahman Rosman dan Puan Faradiba Liana Naser serta para pelajar iaitu Saudari Shafura Sehat, Saudari Illi Aaina Yahya, Saudari Nor Amirah Mohamad Yusof, Saudara Norhashim Abdullah dan Saudara Fahmi Abdullah telah berjaya menggamit tarikan bukan sahaja kepada tetamu yang hadir malah kumpulan media serta tetamu kenamaan di festival tersebut.
Pihak UiTM, khususnya (FSSR) amat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Oman dan Kerajaan Oman dalam merealisasikan usaha dan inisiatif ini. Sesungguhnya, hasil seni kreatif dari UiTM bukan sahaja telah meletakkan UiTM di peta dunia malah mempromosikan seni dan budaya Malaysia di persada global.
Sekalung penghargaan turut ditujukan kepada pengurusan FSSR khususnya Prof. Dr. Mustaffa Halabi Haji Azahari ( Dekan ) serta Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) di atas sokongan dan galakkan dalam menjayakan misi serampang dua mata ini.
___________________________________________________________________________________________
KEJAYAAN / PENCAPAIAN / HASIL KERJA PENSYARAH
Post ini menunjukkan sebahagian daripada pensyarah dan hasil kerja juga pencapaian mereka.

Pn. Elliza Bt. Hashim [Senior Lecturer]
Areas of Expertise
· Fashion & Textile Styling
· Fashion & Textile Digital Illustration
· Visual Merchandising & Display
· Textile Product Development
· Malay Costume & Hybrids

Areas of Expertise
· Textile Design
· Traditional Textile – Pelangi/Batik
· Textile Fashion – Resist
· Textile Interior – Printing
Textile Art & Craft – Resist/Fiber
Awards / Achievements
· 2006 : Naib Juara Piala Seri Endon (Kategori Fesyen Batik)
· 2005 : Top 5 Piala Seri Endon (Kategori Fesyen Batik)
· 2004 : Top 5 Piala Seri Endon (Kategori Fesyen Batik)
· 2003 : Excellent Service Award (UiTM Kelantan)
· 1999 : Excellent Service Award (IPIK.Cheras.KL )
· 1993 : Excellent Service Award (SBP.SMSains.Miri)
· 1985 : 3rd.Place - Nylex Wall Covering, National Competition. Nylex (M) Bhd.
![]() |
En.Azhar 's artwork |
![]() |
En.Azhar 's artwork |
Watching the Piala Seri Endon 2003 competition semi-finals and finals inspired Mohd. Azhar Bin Samin. In his third attempt, after finishing fifth in both the 2004 and 2005 finals, he managed to take home fashion's second prize in 2006. As a 43-year-old batik consultant and lecturer in textile design at Mara University of Technology, Azhar was overwhelmed by the other young participants. But his designs have now appeared in media in India, Pakistan, Myanmar, Europe and Latin America. He is involved with PENAWAR Kelantan, the Batik MERBOK Project in Terengganu as batik consultant and was appointed as a member of LAN (Lembaga Akreditasi Negara) as a specialist in Batik Courses. "Malaysia's batik has developed from traditional to modern. We have our own palette of colours that are classic and which have global appeal," he observes.
___________________________________________________________________________________________
AKTIVITI - AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Jabatan Tekstil adalah antara jabatan yang aktif dengan aktiviti yang melibatkan pelajar dan juga pensyarah. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan "communication skills" dikalangan pelajar dengan mengadakan lawatan sambil belajar. Disamping itu, demi mencapai misi UITM sendiri iaitu melahirkan usahawan berjaya, Jabatan Tekstil banyak menjalankan aktiviti yang dapat melatih pelajar berniaga.
Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan.
Program Suai Kenal Pelajar Baru & Lama Ke Jabatan Seni Reka Tekstil TAMAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM, Shah Alam.
Pada 24 Mac 2013 yang lalu, satu program suai kenal diantara pelajar lama & baru anjuran Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam telah diadakan. Taman Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi program ini. Seramai 163 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar Semester 1,2,3 dan 6. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Basitah Taif selaku KPP Jabatan Seni Reka Tekstil.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk merapatkan jurang persahabatan serta melahirkan semangat kekeluargaan antara pelajar baru dan lama di Jabatan Seni Reka Tekstil. Selain itu, melalui program ini, para pelajar diberi peluang untuk merancang aktiviti yang berupaya memberi motivasi untuk berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kurikulum.
Aktiviti yang bertemakan 'Fear Factor' mencabar ketangkasan dan kemahiran para pelajar dalam menyelesaikan cabaran yang telah disediakan di setiap checkpoint, antaranya Who Am I dan juga Rambo Taste. Program ini telah memberi banyak manfaat kepada para pelajar dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dan seterusnya di alam pekerjaan kelak.
Rahsia Bumi Kenyalang, Inspirasi Sarawak Dalam Tekstil”
Program “Rahsia Bumi Kenyalang, Inspirasi Sarawak Dalam Tekstil” ini telah memberi banyak dedahan tentang rahsia Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Para pelajar dapat membuat kajian tentang sumber inspirasi pelajar berasaskan Negeri Sarawak dengan lebih mendalam. Ini juga dapat melatih asas kepimpinan dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar Tekstil semester 5 bagi menguruskan sesuatu program. Selain itu, dapat merapatkan hubungan silaturrahim seterusnya memupuk sikap hormat- menghormati di antara siswa- siswi, staf dan pensyarah.
Antara tujuan utama program ini diadakan:
· Memenuhi keperluan kurikulum TDT 618 dalam mencari cara yang lebih berkesan untuk mendedahkan tentang rahsia Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.
· Membuat kajian tentang sumber inspirasi pelajar berasaskan Negeri Sarawak dengan lebih mendalam.
· Membuat permulaan anjakan paradigma minda pelajar disamping memberi motivasi dalam meningkatkan semangat supaya mereka dapat mengadaptasi input- input yang disalurkan kepada mereka agar boleh disintesis dengan berkesan serta dimanfaatkan untuk diri mereka, masyarakat dan negara khususnya.
· Menyuntik idea baru dan tip-tip kepada pelajar agar dapat menggapai kejayaan dengan cemerlang bukan sahaja di dalam universiti malah di dalam kerjaya yang bakal mereka ceburi.
· Melatih asas kepimpinan dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar Tekstil semester 5 bagi menguruskan sesuatu program.
· Merapatkan hubungan silaturrahim seterusnya memupuk sikap hormat- menghormati di antara siswa- siswi, staf dan pensyarah.
· Dapat meningkatkan “communication skill” dalam diri setiap pelajar selain dapat memperbaiki kelemahan yang ada dalam menjayakan program.
Di harap program ini dapat meningkatkan “communication skill” dalam diri setiap pelajar selain dapat memperbaiki kelemahan yang ada dalam menjayakan sesuatu program.
Pameran Seni 'SALAM' Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
Pameran Seni “SALAM” Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diadakan dengan jayanya di Institut Seni Indonesia (ISI), Yogjakarta, Indonesia dari 2 - 7 Disember 2013 . Seramai 8 (lapan) orang staf dan 8 (lapan) orang mahasiswa FSSR dari Jabatan Grafik, Tekstil, Fotomedia Kreatif dan Seni Halus telah menyertai pameran ini. Delegasi ini diketuai oleh Timbalan Dekan Akademik FSSR Prof. Madya Hamidin Abdullah dan beliau dibantu oleh Pengarah Projek Pameran iaitu En. Rahman Amin dan beberapa staf fakulti yang lain.
Delegasi FSSR telah dibawa melawat semua jabatan dibawah Fakulti Seni Visual iaitu Jabatan Seni Halus, Jabatan Kriya, Jabatan Senireka Dalaman dan Fakulti Seni Telivisi dan Media Rekam, yang di dalamnya terdiri daripada Jabatan Fotografi, Jabatan Animasi dan Jabatan Telivisi.
Perasmian Pameran SALAM telah diadakan pada 4 Disember 2013 dengan upacara memotong riben simbol perasmian oleh Dr. M. Agus Burhan,M.Hum Timbalan Rektor I, ISI serta Dekan Fakultas Seni Visual Ibu Suastiwi Triatmodjo.Dr.,M.Des dan disertai oleh semua dosen/pensyarah fakulti dan pelajar ISI. Ramai pelajar dan jemputan menghadiri upacara perasmian tersebut. Pameran di sisipkan juga tayangan video dari seorang pelajar grafik saudara Muhammad Shafiq Ahmad Shakri hasil karya beliau sangat menarik dan mendapat perhatian ramai tetamu, begitu juga dengan dua orang pelajar jabatan tekstil Siti Nurul Faeza Johal dan Nooradila Wahab yang mempamerkan rekaan tekstil mereka dengan corak, gaya dan warna yang sangat menarik, begitu juga dengan pelajar Fotomedia Kreatif dan Seni Halus yang dapat menonjolkan hasil karya mereka yang sangat unik dan kreatif. Pameran di adakan selama 3 hari dari 4 - 6 Disember 2013.
Diadakan juga sesi Artist Talk yang merupakan perbincangan diantara delegasi FSSR dengan panitia dan pelajar ISI. Sesi ini dikendalikan oleh Drs. M. Umar Hadi. M.S, Prof. Madya Hamidin, Dr. Sharkawi Che Din dan En. Rahman Amin diantara isu/topik yang dibincangkan antaranya mengenai program-program kedua buah institusi pengajian tinggi ini, cara dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, bantuan yang diperolehi dari kerajaan dan usaha menandatangani MoU diantara FSSR dan ISI dimana aktiviti seperti penyelidikan dan perkongsian kepakaran, simposium pertukaran pelajar ijazah sarjana muda dan pasca siswazah dan isu kerjasama pemindahan /pengecualian kredit pelajar dapat diadakan.
Delegasi FSSR juga telah dibawa melawat beberapa tempat menarik di sekitar jogyakarta diantaranya Chandi Borobudur, Gedung Balai Seni Lukis Yogyakarta (Bangunan Lama ISI), Galeri ISI dan Malioboro. Mereka juga berkesempatan bertemu dengan seorang daripada artis terkenal Indonesia dalam bidang seni iaitu Ibu Kartika Affendi.
Sesungguhnya Pameran SALAM ini telah meninggalkan banyak kenangan indah bagi semua delegasi. Pameran ini telah dapat menerapkan erti nilai persahabatan, kerjasama, ilmu yang berfaedah, iktibar dan pengalaman yang tidak mudah dilupakan dengan melihat cara kehidupan mereka yang sangat sederhana tetapi kompetitif didalam mengejar erti cita - cita bagi menjamin masa depan yang cemerlang.
"ART MARKET" JANA RM15 RIBU DANA PELAJAR
Shah Alam – Art Market kelolaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini berjaya mengumpul sebanyak RM15 ribu sepanjang dua hari ianya berlangsung.
Hasil kutipan tertinggi sekitar RM4000 diperoleh Jabatan Senireka Tekstil yang menjual hasil karya pelajar termasuklah kasil batik dan kraf.
Penasihat bagi program tersebut merangkap Pensyarah dari Jabatan Seni Reka Logam Halus, Mohd Fairus b. Yusoff berkata, program ini buat julung kalinya diadakan di dalam fakulti tersebut setelah lebih 10 tahun.
Menurutnya, ia merupakan salah satu inisiatif dari fakulti tersebut bagi memberi peluang kepada 9 jabatan dalam fakulti tersebut untuk mengumpul dana aktiviti pelajar di samping mempromosikan fakulti tersebut.
Tambahnya, jualan di Art Market merupakan hasil tangan pelajar-pelajar fakulti itu sendiri.
“Setiap jabatan menubuhkan satu kumpulan khas untuk menyediakan bahan untuk dijual di Art Market ini, selain daripada beberapa hasil kerja pelajar yang terpilih.”
Acara tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said.
Antara koleksi yang menarik perhatian pelajar pada hari tersebut termasuklah koleksi tembikar yang dikatakan hasil pelajar dari tahun 1980-an selain daripada hasil kerja lain yang unik.
Turut mencuri perhatian pada hari tersebut adalah rekaan permainan robot, barangan perhiasan perak, kraf tangan, kraf batik, dan seni lukisan yang mampu menandingi hasil buatan profesional.

FLEA AND ART MARKET
Aktiviti terbaru yang dijalankan oleh jabatan Tekstil di FSSR Shah Alam ini adalah "Flea and Art Market" pada 3 dan 4 April 2014. Aktiviti ini telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak. Pensyarah dan juga pelajar bersama-sama menyertai aktiviti ini. "Flea and Art Market" adalah aktiviti yang dapat mendorong pelajar FSSR menjadi usahawan.
Di bawah adalah antara gambar -gambar ketika aktiviti dijalankan.
Sampai di sini sahaja blog saya. Hingga bertemu lagi .
SEKIAN..........
Apakah peluang pekerjaan utk teknologi tekstil ini?
BalasPadamSy bru lepasan diploma fashion uitm.. Skang ni sy nk sambung degree.. Tpi xnk sambung fashion lg.. Nk tanya seni reka tekstil ni sush tak,means xlh stress mcm fashion ni.haha?
BalasPadam